09 October 2012

Ingat ALLAH selalu

Posted by Ema Nadia 0 comments

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
tenangkanlah fikiranku, lapangkanlah dadaku..
hanya padaMU tempat aku mengadu....
amin.....

Surah Al-Mukmin Ayat 12-14

Posted by Ema Nadia 0 comments
Assalamualaikum..

hari ni ada terbaca dalam 1 blog (*lupa la nama blog tu..heee..) suruh amalkan juga surah al-mukmin ayat 12- 14..insyaAllah saya akan cuba amalkan... =D


#kawan-kawan ttc pn amalkan juga ye (^_^)

Air masak + lemon

Posted by Ema Nadia 0 comments
Assalamualaikum..

hari ni dah 3 minggu saya minum air masak + lemon...dulu-dulu sblm kawen ada la minum jugak tu pn nk bg kurang kn selesema..tp now, lepas kawen start minum balik coz ada banyak baca kt blog-blog & blog ttcians, yg minum air masak + lemon ni banyak khasiat.. antaranya :


Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.


07 October 2012

my 1st post in TTC blog

Posted by Ema Nadia 0 comments
Assalamualaikum ...

ini adalah entry pertama saya untuk blog ni..sebelum ni saya hanyalah seorang silent reader je pada blog-blog TTCian semua..banyak ilmu, pengalaman yg saya dapat..tak pernah terfikir pn nk buat blog ttc sendiri..tapi bila mengenangkan usia perkahwinan sudah hampir 1 tahun ni, rasa mcm perlukn sesuatu tempat untuk bercerita...yang pasti nya paling utama tempat saya mengadu hanyalah pada ALLAH SWT..

 

hoping for 2 lines Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting